Kerjaya kelab Stéphane Mbia

Kerjaya awal

Mbia membuat debut untuk Rennes pada musim 2005–06. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada November 2006 menentang Lyon. Pada 14 Julai 2009, Mbia melengkapkan perpindahan sebanyak £10.4 juta ke Marseille dari Rennes.

Queens Park Rangers

Pada 31 Ogos 2012, Mbia menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dari Marseille dengan bayaran yang tidak didedahkan.[1][2]

Pada 27 Oktober 2012, Mbia dibuang padang pada 17 minit permainan dalam penampilan keempatnya untuk QPR ketika tewas 1-0 kepada Arsenal. Beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) tiga perlawanan akibat tidak memenuhi syarat ketika menentang Reading, Stoke City dan Southampton.[3] Pada Mei 2013, Mbia mengatakan bahawa beliau ingin meningglkan Queens Park Rangers selepas pasukannya turun ke divisyen dua.

Sevilla

Pada 26 Ogos 2013, Mbia dipinjam ke Sevilla FC.[4] Mbia membuat debut untuk Sevilla pada 1 September dan membuat hantaran kepada Kévin Gameiro untuk gol pertama Málaga CF, 2-2.[5] Pada 27 Oktober, Mbia membuat dua hantaran untuk Ivan Rakitić dan Jairo Samperio ketika menang 2-1 ke atas Osasuna.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 November menentang Real Betis, Sevilla menang 4-0..[7]

Pada 1 Mei 2014, beliau menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan untuk Sevilla menang pada separuh akhir Liga Europa menentang Valencia dan Sevilla layak ke perlawanan akhir.[8] Sevilla ke perlawanan akhir bertemu dengan Benfica di Turin, Itali pada 14 Mei. Pada 3 Jun, Mbia dipilih sebagai "Team of The Year" bersama rakan sepasukan, Ivan Rakitić, Nicolás Pareja and Beto.[9] Pada Anugerah LFP, beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik liga Afrika bersama Yacine Brahimi dan Youssef El-Arabi.

Pada 31 Ogos 2014, Mbia sertai Sevilla secara rasmi..[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 18 September dengan menanduk masuk dari hantaran Gerard Deulofeu ketika Sevilla menang 2-0 ke atas Feyenoord.[11]

Rujukan

WikiPedia: Stéphane Mbia http://www.espnfc.com/en/report/373083/report.html... http://www.espnfc.com/en/report/373122/report.html... http://www.espnfc.com/en/report/373194/report.html... http://www.espnfc.com/us/en/report/391820/report.h... http://www.fifa.com/worldcup/news/y=2014/m=6/news=... http://www.theguardian.com/football/2008/feb/04/mi... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/news/newsid=2... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2015/m... http://www.sevillafc.es/nuevaweb/actualidad/notici... http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/world_cup...